Topik diikuti
Pergi ke BHkuPRN Sarawak ditetapkan pada 12 Dis, penamaan calon 28 Nov
PRN Sarawak ditetapkan pada 12 Dis, penamaan calon 28 Nov
KUCHING: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia menetapkan 12 Disember ini sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13.
Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun, berkata hari penamaan calon ditetapkan pada 28 November, manakala pengundian awal pada 8 Disember, dengan tempoh berkempen selama 14 hari.
“Hari mengundi awal ditetapkan pada 8 Disember melibatkan 24,408 anggota polis, Pasukan Petugas Am serta tentera,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas bagi membincangkan urusan serta tarikh-tarikh penting PRN Sarawak di Kuching, Sarawak, pada 6 November.
Pada 23 Oktober lalu, Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Openg, mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak berkuat kuasa 26 Oktober, bagi memberi laluan kepada PRN Sarawak ke-13.
DUN Sarawak mempunyai 82 kerusi dan jumlah itu kekal digunakan pada pilihan raya kali ini, berikutan proses pewujudan 17 kerusi tambahan belum dimuktamadkan, lapor laman web Astro Awani.
Setakat suku tahun ketiga 2026, jumlah pemilih berdaftar di Sarawak mencecah 2.05 juta orang, berbanding 1.25 juta pemilih pada PRN 2021.
Pada PRN Sarawak ke-12 yang berlangsung 18 Disember 2021, Gabungan Parti Sarawak (GPS) memenangi 76 daripada 82 kerusi dipertandingkan, manakala Parti Sarawak Bersatu (PSB) memperoleh empat kerusi dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) dua kerusi.
PRN Sarawak merupakan PRN keempat diadakan pada 2026, selepas PRN Johor pada 11 Julai, disusuli Negeri Sembilan 1 Ogos, seterusnya Melaka pada 14 November.