BERKAT penat lelah dan ketekunannya, perniagaan Cik Razlina Razak menjual makanan bagi ibu bersalin serta masakan lain dari rumah mendapat sambutan baik sejak lebih dua tahun lalu. Ini mendorong beliau berkongsi rezekinya - memberi makanan percuma kepada golongan memerlukan pada Ramadan ini. Cik Razlina, 41 tahun, dahulu bekerja dalam industri fesyen mewah tetapi berhenti pada 2016 untuk menumpukan perhatian pada...






