PENGUASA Kewangan Singapura (MAS) pada Selasa mengeluarkan perintah larangan lapan tahun terhadap seorang bekas ejen insurans kerana kesalahan rasuah, termasuk memberi rasuah berjumlah hampir $93,000.
Selama tempoh tersebut, James Yeo Siew Liang tidak dibenarkan menyediakan sebarang khidmat nasihat kewangan atau mengambil bahagian dalam pengurusan mana-mana perantara insurans.





