ORANG ramai berpusu-pusu menukar dolar Singapura ke ringgit pada pagi Jumaat setelah mata wang Malaysia itu merosot ke paras terendah dalam sejarah pada Khamis.
Beberapa pengurup yang dihubungi Berita Harian berkata keadaan itu mungkin berterusan bagi beberapa hari akan datang sedang mereka yang telah membuat rancangan bercuti ke Malaysia sempena cuti sekolah ini mengambil kesempatan kadar pertukaran yang menarik itu.





