BAGI memenuhi permintaan pelanggan yang semakin meningkat, Singapore Airlines (SIA) telah meningkatkan kapasiti pengendalian pusat pelanggannya kepada 130 peratus, meskipun kapasiti penerbangannya buat masa kini hanya 80 peratus berbanding prapandemik.
SIA juga telah berjaya mencapai sasarannya untuk mengambil sejumlah 3,000 kru kabin baru sejak Februari 2022.





