SEMPENA sambutan ulang tahun ke-165 perkhidmatan pos di Singapura dan warisan perkhidmatan pos nasional, Singapore Post (SingPost) telah menganjurkan rumah terbuka untuk berkongsi operasi di sebalik tabir penghantaran surat.
Berlangsung dari 1 hingga 4 Jun, dari 11 pagi hingga 8 malam, rumah terbuka itu terletak di atrium aras satu SingPost Centre.





