Tujuh ustazah telah tampil untuk berkhidmat sebagai sumber rujukan atau ‘Resource Persons’ dalam program Bersamamu, sebahagian kerjasama terkini antara Pejabat Pendaftar Pernikahan Orang Islam (ROMM) dengan Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas).
Kolaborasi terbaru itu, yang melibatkan asatizah wanita daripada Pergas, bertujuan menyediakan sokongan dan nasihat tambahan kepada isteri atau bakal isteri yang menghadapi isu berkaitan perkahwinan mereka,...





