Muzium Warisan Kebun Bunga Singapura dibuka semula kepada orang ramai pada Sabtu selepas ditutup selama empat bulan, dengan memaparkan pameran baru.
Pembukaan semula muzium itu juga bersempena dengan pesta warisan tahunan Kebun Bunga Singapura, yang akan dilanjutkan ke Taman Fort Canning buat kali pertama, kata Lembaga Taman Negara (NParks) menerusi satu kenyataan pada Ahad.





