Dua buku terakhir dari siri lima buku ‘Cerita@Geylang Serai’ telah dilancarkan, dengan harapan “suara dan warisan” tempat bersejarah orang Melayu itu akan terus diperkatakan sepanjang masa.
Buku dwibahasa itu berjudul Geylang Serai – Pancaran Budaya Melayu (The Beam of Malay Culture) ditulis oleh mantan wartawan Berita Harian (BH), Cik Dewani Abbas dan Geylang Serai – Menerobos Sempadan Masa (Breaking Through...





