BATU GAJAH: Kartunis terkenal, Datuk Mohd Nor Khalid, lebih dikenali sebagai Lat, telah diberi penghormatan sebagai Seniman Diraja sebagai mengiktiraf peranan dan sumbangan besar beliau kepada negara.
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah demikian ketika berucap merasmikan Galeri Rumah Lat di Jalan Bemban, di sini, hari ini.





