Sejak di sekolah menengah lagi, Encik Muhammad Cairel Razali lebih cenderung kepada kerja-kerja yang menggunakan kemahiran tangan dan kreativiti bukan akademik, lebih-lebih lagi jika ia berkaitan dengan bidang masak memasak.
Bahkan beliau, yang pernah belajar memasak daripada neneknya, sanggup menguji kecekapannya menyiapkan apa sahaja jenis makanan, termasuk hidangan barat di peringkat antarabangsa. Disebabkan itu, selepas Menengah 5, beliau meneruskan persekolahan...





