Seramai 5.12 juta penumpang melalui Lapangan Terbang Changi pada Jun, kali pertama jumlah penumpang mencapai lebih 5 juta sejak pandemik Covid-19 bermula pada Januari 2020.
Terdapat 27,500 penerbangan – 88 peratus daripada jumlah penerbangan pada Jun 2019 – yang berlepas dari atau mendarat di lapangan terbang, menurut angka terkini oleh Kumpulan Lapangan Terbang Changi (CAG) pada Khamis.





