Dalam usaha memasyarakatkan Masjid Hasanah, pihak masjid itu telah giat mengadakan lebih banyak program yang dapat mendekatkan lagi penduduk dengan masjid tersebut.
Pengerusi masjid yang terletak di Teban Gardens itu, Encik Amir Mohamed Ali, menerangkan bahawa program-program yang dianjurkan itu secara langsung memberi ruang kepada orang ramai bergiat di masjid dan menyertai program-program kelolaan mereka.





