Sebagai usaha memupuk minat pendidikan dalam bidang sains dan teknologi, Kementerian Pendidikan (MOE) memperkenalkan Biasiswa Program Kejuruteraan dan Teknologi (ETPS) untuk pelajar prauniversiti mulai tahun ini.
Program itu berusaha memastikan pelbagai bakat dapat dihasilkan dengan menyediakan lebih banyak peluang menimba ilmu dan mengasah kemahiran dalam bidang itu.





