KERUSI Dewan Undangan Negeri (DUN) di Gombak, Selangor, dilihat sebagai medan pertempuran paling panas bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini apabila tiga pemimpin tertinggi parti di peringkat negeri bersaing merebut kerusi yang dipertandingkan.
Mendahului saingan, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor yang juga Menteri Besar sementara, Datuk Seri Amirudin Shari, berdepan pertandingan tiga penjuru bagi kerusi DUN Sungai Tua, manakala...





