SHAH ALAM: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memberi jaminan Kerajaan Perpaduan yang disertai 19 parti gabungan ketika ini adalah kukuh, stabil dan sukar untuk dijatuhkan.
Beliau, yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH), berkata berbanding ketika mula mengambil alih kerajaan pada November lalu, kesepaduan semua pimpinan termasuk mereka yang menganggotai Jemaah Menteri kini bertambah utuh dan sukar diganggu-gugat.





