Gaji Menteri Pengangkutan, Encik S Iswaran, telah dipotong kepada $8,500 sebulan dan beliau dilarang menjalankan tugas sedang siasatan Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) yang melibatkannya dijalankan, kata Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong.
Dalam kenyataan menteri yang disampaikan di Parlimen pada Rabu, Encik Lee berkata beliau mengambil keputusan tersebut setelah mempertimbangkan amalan perkhidmatan awam.





