Allah swt membawa satu pendekatan motivasi dan semangat kepada hamba-Nya iaitu pendekatan berlumba-lumba untuk mengerjakan amalan kebaikan bagi mendapat keampunan dan balasan syurga. Firman Allah swt dalam surah Al-Hadid, ayat 21 yang bermaksud:
“Berlumba-lumbalah kamu (mengerjakan amal yang baik) untuk mendapat keampunan daripada Tuhan kamu dan mendapat syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi yang disediakan bagi orang yang...





