Lebih 4,300 pekerjaan dalam sektor penerbangan dijangka diisi menjelang tahun akan datang sedang Singapura mengukuhkan kedudukannya sebagai hab udara selepas pandemik Covid-19.
Pekerjaan yang ditawarkan termasuk jawatan juruterbang, kru kabin, jurutera dan teknisyen, kata Pemangku Menteri Pengangkutan, Encik Chee Hong Tat, di pembukaan pameran ‘OneAviation Careers 2023’ di Pusat Konvensyen Suntec City pada Jumaat.





