Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

4,300 pekerjaan sektor penerbangan bakal diisi; tenaga kerja di paras 95% sebelum Covid-19

Aug 4, 2023 | 4:58 PM
Selepas kehilangan hampir sepertiga pekerja semasa pandemik apabila  perjalanan udara terhenti, sektor penerbangan telah mula membangunkan semula tenaga kerjanya kepada paras sekitar 95 peratus paras 2019.
Selepas kehilangan hampir sepertiga pekerja semasa pandemik apabila perjalanan udara terhenti, sektor penerbangan telah mula membangunkan semula tenaga kerjanya kepada paras sekitar 95 peratus paras 2019. - Foto fail

Lebih 4,300 pekerjaan dalam sektor penerbangan dijangka diisi menjelang tahun akan datang sedang Singapura mengukuhkan kedudukannya sebagai hab udara selepas pandemik Covid-19.

Pekerjaan yang ditawarkan termasuk jawatan juruterbang, kru kabin, jurutera dan teknisyen, kata Pemangku Menteri Pengangkutan, Encik Chee Hong Tat, di pembukaan pameran ‘OneAviation Careers 2023’ di Pusat Konvensyen Suntec City pada Jumaat.

Selepas kehilangan hampir sepertiga pekerja semasa pandemik itu apabila perjalanan udara terhenti, sektor penerbangan telah mula membangunkan semula tenaga kerjanya paras sekitar 95 peratus daripada paras 2019, ujar Encik Chee.

Pada Mei, tenaga kerja penerbangan berada di paras sekitar 90 peratus daripada paras 2019.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg