Rombongan 12 Anggota Parlimen (AP) yang diketuai Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) South East, Encik Mohd Fahmi Aliman sedang menghadiri Perhimpunan Agung Ke-44 Perhimpunan Antara Parlimen ASEAN (AIPA) yang berlangsung dari 6 Ogos hingga 9 Ogos di Jakarta, Indonesia.
Dalam kenyataannya, Parlimen Singapura berkata Encik Fahmi akan menyampaikan kenyataan di Sesi Pleno Pertama Perhimpunan Agung tersebut.





