Dalam usaha meneruskan warisan keagungan dan memastikan kelangsungan masjid tertua di Singapura, Masjid Jamae Chulia mengambil daya usaha dengan melancarkan semangat “berwakaflah sebagai gaya hidup dan tanda kesyukuran”.
Pengerusi Masjid Jamae Chulia, Encik Rasheed Zaman Mohamed Rashad, berkata projek ini sejajar dengan prinsip berwakaf yang diamalkan oleh umat Islam sejak zaman dahulu untuk mengekalkan kelangsungan pusat ibadah.





