Penumpang yang menaiki kereta api menuju ke timur Singapura terpaksa turun di stesen MRT City Hall pada malam 7 September selepas kabin tren itu dipenuhi asap putih.
Asap tersebut disebabkan kebocoran gas penyejuk sistem penyaman udara kereta api generasi pertama itu, yang telah beroperasi sejak 1987, kata Presiden SMRT Trains, Encik Lam Sheau Kai, ketika menjawab pertanyaan The Straits Times.





