Kelab Pondok Peranakan Gelam (Pondok Gelam) melahirkan rasa sedih di atas pemergian mantan Menteri Kewangan, Dr Richard Hu.
Mantan menteri yang berkecimpung dalam politik itu telah meninggal dunia pada usia 96 tahun pada Jumaat lalu.
Kelab Pondok Peranakan Gelam (Pondok Gelam) melahirkan rasa sedih di atas pemergian mantan Menteri Kewangan, Dr Richard Hu.
Mantan menteri yang berkecimpung dalam politik itu telah meninggal dunia pada usia 96 tahun pada Jumaat lalu.
Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan berdepan ketidakpastian baharu apabila Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, membatalkan pelantikan semua Exco negeri itu, berkuat kuasa serta-merta pada 20 September.
Bagaimanapun, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim, dalam reaksi balasnya pada 21 September menyusuli pembatalan pelantikan Exco itu mendakwa, tindakan Tuanku Muhriz adalah satu kekhilafan dari sudut perundangan dan tidak...
Jaguh seni bela diri campuran (MMA) Singapura, Tiffany Teo, kini hanya selangkah lagi daripada meraih pingat emas dalam penampilan sulungnya di Sukan Asia.
Atlet berusia 36 tahun itu mengesahkan tempat ke peringkat final selepas menewaskan wakil India, Suchika Tariyal, 2-0 dalam aksi separuh akhir perlawanan kategori 60 kilogram (kg) tradisional wanita di Pusat Sukan Inae Bandar Raya Nagoya pada 21...
Acara Raikan Ilmu@Heartlands meneruskan siri bergeraknya di Kelab Masyarakat Woodlands pada 19 dan 20 September, dengan pelbagai kegiatan merangkumi bidang teknologi, seni dan penyelesaian masalah.
Ini termasuk bengkel pengekodan Minecraft, cabaran mengendalikan dron, pengalaman menggunakan simulator penerbangan serta persembahan teater bangsawan Akademi Opera.
Satu sesi siaran langsung di TikTok yang bertujuan mempromosikan pakej umrah dan pelancongan bertukar menjadi pengalaman tidak menyenangkan bagi seorang kakitangan wanita AK Tours and Travel apabila beliau menerima komen berunsur seksual daripada pengguna wadah tersebut.
Kejadian pada 7 September itu mendorong syarikat berkenaan menghentikan sementara semua sesi siaran langsung atau ‘live’ sambil menyemak semula prosedur bagi melindungi kakitangannya daripada...
Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Zaqy Mohamad, mengadakan lawatan ke pejabat baharu Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas) pada 18 September.
Pergas dalam satu hantaran Facebook pada 20 September menyatakan lawatan Encik Zaqy, yang juga Menteri Negara Kanan (Pertahanan), ke bangunan lima tingkat Paradise@Pergas di Changi Road itu merupakan satu peluang interaksi bermakna.





