Tiada laporan menyatakan rakyat Singapura terjejas dengan pengeboman baru-baru ini di Ankara, Turkey berhampiran bangunan Kementerian Dalam Negeri Turkey, kata jurucakap Kementerian Ehwal Luar Negara (MFA) dalam satu kenyataan pada Selasa. Insiden pada 1 Oktober itu mengakibatkan dua pegawai polis cedera.
Menteri Ehwal Dalam Negeri Turkey berkata pada Ahad bahawa seorang daripada dua pengganas yang melakukan serangan bom itu mati...





