Sebuah jawatankuasa silang kementerian akan dibentuk untuk mengkaji semula sistem kewangan Singapura dan mengukuhkan tindakan antipengubahan wang haram, kata Menteri Kedua Kewangan, Cik Indranee Rajah.
Jawatankuasa itu akan dipengerusikan oleh Cik Indranee dan dianggotai pemegang jawatan politik daripada Penguasa Kewangan Singapura (MAS), Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI), Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA), Kementerian Undang-Undang (MinLaw) dan Kementerian Tenaga Manusia (MOM).





