Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, sedang melakukan lawatan kerja ke Amerika Syarikat bagi memperkukuh hubungan Singapura dengan negara itu dalam pelbagai bidang.
Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada Khamis, dalam lawatan sehingga 15 Oktober itu, Encik Wong akan menghadiri beberapa acara di New York City dan bertemu setiausaha kabinet serta pegawai lain di Washington.





