Persekutuan Sukan Layar Singapura (SSF) sedang bekerjasama dengan badan pemerintah relevan berkaitan kemungkinan menangguhkan Perkhidmatan Negara (NS) bagi juara dunia peluncur lelayang, Maximilian Maeder.
Ketua prestasi tinggi dan kejurulatihan SSF, Chung Pei Ming, memberitahu akhbar ‘The Straits Times’ pada Isnin bahawa Maximilian telah dikenal pasti sebagai seorang atlet “yang akan memerlukan sokongan untuk bersukan di sebalik memenuhi kewajipan NS”.





