Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Usaha bantu peluncur lelayang, Maximilian Maeder, tangguh NS

Oct 10, 2023 | 02:26 PM



Persekutuan Sukan Layar Singapura (SSF) sedang bekerjasama dengan badan pemerintah relevan berkaitan kemungkinan menangguhkan Perkhidmatan Negara (NS) bagi juara dunia peluncur lelayang, Maximilian Maeder.

Ketua prestasi tinggi dan kejurulatihan SSF, Chung Pei Ming, memberitahu akhbar ‘The Straits Times’ pada Isnin bahawa Maximilian telah dikenal pasti sebagai seorang atlet “yang akan memerlukan sokongan untuk bersukan di sebalik memenuhi kewajipan NS”.

Kededua pihak Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) dan Kementerian Pertahanan (Mindef) telah dilibatkan sama, menurut laporan tersebut.

Remaja yang bersekolah di rumah itu, memenangi Siri Dunia Luncur Lelayang di Austria pada Ahad – kurang dua minggu selepas meraih emas di Sukan Asia Hangzhou.

Maximilian akan menyambut ulang tahunnya yang ke-18 pada September 2024, sebulan selepas Olimpik Paris.

Beliau telah menempah tempat dalam Olimpik di Paris itu pada Ogos selepas muncul selaku juara dalam Kejohanan Dunia Layar di The Hague, Belanda.

Malah beliau turut mengutip tiga emas berturut-turut dalam Kejohanan Dunia Belia Lelayang Formula pada Julai yang berlangsung di Gizzeria, Italy.

Sambil memantau perkembangan belia itu menjangkau Olimpik 2024 itu, Chung berkata:

“Bagi kes (Max) ia masih bergantung kepada apa keputusannya dalam Sukan Olimpik.

“Tiada apa yang tetap, tapi MCCY dan Mindef tahu akan atlet ini dan semacam ada aturan mungkin diperlukan untuknya.”

Sambil menambah bahawa “negara lebih utama daripada sukan”, Chung berkata:

“Apabila tiba masanya, Max akan memenuhi kewajipannya.”

Mindef sebelum ini telah berkata bahawa penangguhan jangka panjang daripada NS akan diluluskan “bagi sesetengah ahli sukan luar biasa” yang dinilai sebagai berpotensi memenangi pingat di pertandingan antarabangsa seperti Sukan Olimpik dan mampu membawa kebanggaan nasional kepada negara.

Perenang seperti Joseph Schooling dan Quah Zheng Wen merupakan contoh atlet yang mendapat penangguhan jangka panjang itu.

Penangguhan bagi Schooling dan Quah masing-masing bermula pada 2014 dan 2015, bagi membantu persiapan mereka menghadapi Olimpik Rio de Janeiro 2016, dengan Schooling menang emas dalam acara gaya kupu-kupu 100 meter.

Penangguhan mereka dilanjutkan bagi membantu mereka berlatih bagi menghadapi Olimpik 2020 yang ditangguhkan akibat pandemik dan berakhir pada Ogos 2021, menyusuli kempen mengecewakan dalam sukan di Tokyo itu bagi kededua mereka.

Baru-baru ini Quah telah menamatkan NS-nya secara sepenuh masa, sementara Schooling masih lagi menjalaninya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >