Rakan duet yang mapan dan sudah berstatus bintang kelas A membantu beberapa peserta All Stars Gegar Vaganza bagi mendapatkan aliran tenaga untuk memberikan yang lebih baik lagi dalam persembahan konsert minggu keempat.
Suara emas penyanyi veteran yang dianggap ‘mahal’ dan kerap kedengaran eksklusif pada majlis ‘raja-raja’ di istana Brunei, Liza Aziz, buat julung-julung kalinya diperdengarkan di saluran Astro untuk mengiringi...





