Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

All Stars Gegar Vaganza: Kehadiran bintang duet handalan suntik semangat positif, bawa puncak jaya

Noryn Aziz, Liza Hanim dan Ayai Illusi bertuah padu suara dengan penyanyi skala A
Oct 16, 2023 | 2:20 AM
SUNTIKAN TENAGA BINTANG: Peserta All Stars Gegar Vaganza, (dari atas) Noryn Aziz, Liza Hanim dan Ayai Illusi, mendapat aliran semangat positif daripada gandingan bersama artis mapan dan bermutu, Liza Aziz, Ziana Zain dan Datuk M. Nasir.
SUNTIKAN TENAGA BINTANG: Peserta All Stars Gegar Vaganza, (dari atas) Noryn Aziz, Liza Hanim dan Ayai Illusi, mendapat aliran semangat positif daripada gandingan bersama artis mapan dan bermutu, Liza Aziz, Ziana Zain dan Datuk M. Nasir. - Foto-foto ASTRO

Rakan duet yang mapan dan sudah berstatus bintang kelas A membantu beberapa peserta All Stars Gegar Vaganza bagi mendapatkan aliran tenaga untuk memberikan yang lebih baik lagi dalam persembahan konsert minggu keempat.

Suara emas penyanyi veteran yang dianggap ‘mahal’ dan kerap kedengaran eksklusif pada majlis ‘raja-raja’ di istana Brunei, Liza Aziz, buat julung-julung kalinya diperdengarkan di saluran Astro untuk mengiringi persembahan juara Gegar Vaganza 5, Noryn Aziz.

Gandingan ‘soul sisters’ bagi lagu asal Chaka Khan yang kemudian disuntik kesegaran oleh Whitney Houston, I’m Every Woman, membawa pada Noryn, 46 tahun, merebut gelaran juara minggu keempat dengan markah 85.25 peratus.

Di tangga kedua pula adalah Liza Hanim dengan markah 85 peratus bagi lagu Madah Berhelah yang turut menjadi lebih mega dengan kehadiran penyanyi asal lagu itu, Ziana Zain. Menurut Liza, Ziana yang dikenali dari awal sebagai bintang ramah yang selalu memberi semangat buat penyanyi baru telah memberikannya tenaga yang diperlukan bagi mempertingkat persembahan di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada Ahad malam.

Dalam pada itu, daripada kedudukan terakhir pada minggu ketiga, Ayai Illusi, berjaya mendapat tempat ketiga menerusi lagu Raikan Cinta yang didendangkan bersama sifu dan tuan punya lagu berkenaan, Datuk M. Nasir. Ayai mendapat markah 83.25 peratus.

Menurut ketua juri, Datuk Ramli MS, beliau terkejut dengan persembahan Ayai yang jauh beza daripada sesi latihan. Banyak peningkatan dapat dilihat walaupun Ramli awalnya sangsi Ayai dapat menyanyikan lagu itu dengan penghayatan yang baik sebab penyanyi asalnya pastinya jauh lebih mahir membawakan lagu hasil ciptaannya yang datang dari hati dan jiwa nurani.

Zamani turut mendapat aliran tenaga positif daripada Datuk Jamal Abdillah bagi lagu Aku Penghibur, nyanyian asal Jamal. Dari tempat ke-13, beliau naik dua tangga ke tangga ke-11 dengan markah 61.5 peratus.

View post on TikTok

Dua wakil Singapura ke All Stars Gegar Vaganza, Aliff Aziz dan Hady Mirza. menampakkan pasang surut kedudukan serta tidak sekonsisten Liza Hanim mahupun Noryn Aziz.

Aliff yang berpadu suara dengan adiknya, Aisyah Aziz, bagi lagu Alicia Keys, If I Ain’t Got You,.turun satu tangga ke tangga keenam dengan markah 66 peratus. Aliff dilihat gementar dan kurang keyakinan diri oleh juri, Hetty Koes Endang, manakala warganet mula memuji Aisyah kerana potensi suaranya yang unik.

Hady pula turun lima tangga dari tempat ketujuh ke tempat ke-12 susuli duet dengan Marsha Milan menerusi lagu Judika dan Shila Amzah, Tentang Rahsia. Beliau memperolehi markah 60.25 peratus.

Pada akhir pertandingan, Datuk Aishah, berada di tangga terakhir dan tersingkir dari peraduan. Beliau yang bergandingan dengan Vince bagi lagu Terlanjur Cinta mendapat markah 43.75 peratus. Turut mendapat markah di bawah 50 peratus adalah Siti Nordiana bagi lagu Ada Apa Dengan Cinta. Duet bersama Amir Masdi mendapat 49.75 peratus.

Pada minggu kelima, bertemakan ‘Misteri’, 13 peserta akan berentap vokal dalam lagu-lagu ‘berhantu’ manakala pada minggu keenam, penonton boleh memilih lagu untuk dinyanyikan peserta melalui undian dalam talian.

Nota: All Stars Gegar Vaganza bersiaran setiap Ahad, mulai 9 malam di Astro Ria (Saluran 608, Singtel TV).

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg