PULANG KE TANAH AIR: Empat warga Indonesia selamat tiba di Jakarta pada Ahad selepas dipindahkan dari Tebing Barat yang bergelora ekoran konflik Palestin-Israel.
DuniaOct 17, 2023 | 12:36 PM

Empat warga Indonesia dari Tebing Barat selamat tiba di Jakarta

JAKARTA: Empat warga Indonesia yang baru-baru ini dipindahkan dari Tebing Barat yang diduduki Israel dan sekitarnya, selamat tiba di Jakarta pada Ahad lalu.

“Proses pemindahan telah bermula sejak 13 Oktober. Mereka dibawa dengan selamat dari rumah mereka di Baitulmakdis ke Amman melalui sempadan Sungai Jordan,” kata Kementerian Luar Indonesia, yang dipetik oleh agensi berita rasmi Antara.

Gabriel Magalhaes
SukanNov 11, 2026 | 6:46 PM

Bintang Arsenal, Gabriel azam bantu Brazil perkukuh benteng pertahanan

Daripada Pele dan Romario sehingga kepada Ronaldo, Ronaldinho dan Neymar, Brazil tidak pernah ketandusan bintang di barisan serangan mereka.

Namun, kelebihan bakat di bahagian depan itu menyebabkan skuad Selecao sering dikaitkan dengan perumpamaan ‘selimut singkat’ yang merujuk kepada situasi apabila selimut singkat ditarik ke atas untuk menutupi kepala, bahagian kaki terbiar kesejukan.

Penyerang England dan Bayern Munich, Harry Kane, semasa menerima anugerah Ballon d’Or di Teater Palladium, London, pada 26 Oktober.
SukanNov 11, 2026 | 5:23 PM

Legenda Harry Kane bakal pecah rekod penampilan England

LONDON: Kapten England, Harry Kane, bakal menyerlahkan lagi tahun cemerlangnya dengan memecahkan rekod penampilan bersama ‘Three Lions’ dalam aksi Liga Negara-Negara menentang Croatia pada 12 November.

Apabila Kane mengetuai England ke padang di Wembley untuk penampilan ke-126, beliau akan mengatasi rekod bekas penjaga gol Peter Shilton yang dipegang sejak 1990.

Sektor perakaunan Singapura menambah pekerjaan dan menaikkan gaji median bagi semua peringkat jawatan yang ditinjau pada 2025, sedang kecerdasan buatan (AI) mengubah tugas akauntan dan kemahiran yang mereka perlukan.
SingapuraNov 11, 2026 | 4:55 PM

Sektor perakaunan tambah peluang kerja, naik gaji bagi persiap hadapi AI

Sektor perakaunan Singapura menambah pekerjaan dan menaikkan gaji median bagi semua peringkat jawatan yang ditinjau pada 2025, sedang kecerdasan buatan (AI) mengubah tugas akauntan dan kemahiran yang mereka perlukan.

Tenaga kerja sektor itu bertambah 579 jawatan, atau 2.7 peratus, daripada 21,783 pada 2024 kepada 22,362 pada 2025, manakala pendapatan naik 5.1 peratus kepada sekitar $3.7 bilion.

Kelihatan bekas Perdana Menteri Malaysia, Encik Najib Tun Razak berada di tempat duduk belakang kenderaan yang membawanya pulang ke kediamannya di Taman Duta, Kuala Lumpur, pada malam 10 November, untuk menjalani baki hukuman penjara kes SRC International Sdn Bhd, sebagai tahanan di rumah.
MalaysiaNov 11, 2026 | 4:40 PM

Umno syukur Najib ditahan di rumah, kecam pemimpin DAP pertikai hukuman

Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan bekas Perdana Menteri Malaysia, Encik Najib Tun Razak, menjalani baki hukuman penjaranya menerusi tahanan rumah berkuat kuasa 10 November, disambut dengan rasa syukur oleh Umno.

Namun, perkembangan itu turut mencetuskan kritikan Umno terhadap pemimpin Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang seakan membantah dan seolah-olah mempertikai kuasa Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, dalam meringankan hukuman Najib.

Pegawai haji dari pelbagai negara, termasuk pegawai Pejabat Haji Majlis Ugama Islam Singapura, menghadiri program latihan bagi persiapan musim haji yang dianjurkan buat julung-julung kali oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.
SingapuraNov 11, 2026 | 4:35 PM

Pegawai Pejabat Haji MUIS sertai latihan sulung di Saudi persiap musim haji

Sebilangan pegawai Pejabat Haji Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) memperoleh pengetahuan berharga dalam aspek seperti perancangan operasi, setelah mereka menjalani program latihan anjuran Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi baru-baru ini.

Dalam satu hantaran di Facebook MUIS pada 11 November, pegawai berkenaan menjalani program latihan itu sempena edisi keenam Pameran dan Sidang Haji di Jeddah, yang berlangsung dari 8 hingga...

Anugerah Jauhari BH rai kecemerlangan, ketabahan
Play Video

Kuota haji 900 tempat disahkan bagi S’pura untuk 2027
Play Video

Bermula dengan secawan kopi, empat sahabat buka kafe sendiri
Play Video

Takkan bosan di Busan: 4 tempat dan pengalaman menarik
Play Video

Santunan Emas diperluas ke empat lagi masjid
Play Video