KUALA LUMPUR: Polis menahan pengasas bersama syarikat penerbangan tempatan yang bergelar ‘Datuk’ bersama isteri dan anak lelakinya, semalam.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata ketiga-tiga mereka telah ditahan bagi memudahkan siasatan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA).





