KUALA LUMPUR: Polis baru mengesahkan pengasas bersama dan pemegang saham majoriti MYAirline Sdn Bhd, Goh Hwan Hua, ditahan malam tadi bersama isteri dan anak lelakinya.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, polis sudah mendapat kebenaran untuk menahan ketiga-tiga individu itu selama empat hari bermula hari ini.





