Singapura dan Arab Saudi telah bersetuju untuk meningkatkan hubungan mereka kepada perkongsian strategik, menurut kementerian luar negara kedua-dua negara pada Sabtu.
Dalam satu kenyataan bersama mengenai lawatan rasmi Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong ke Saudi dari Selasa hingga Jumaat, kedua-dua negara berkata perkongsian seperti itu akan membolehkan kerjasama yang lebih erat dan saling menguntungkan dalam semua bidang.





