Penyanyi dan guru vokal, Datuk Syafinaz Selamat enggan cepat melatah berhubung kritikan warganet terhadap persembahannya ketika menjayakan Konsert Ini Baru Bintang 3 RTM, pada Sabtu lalu.
Mengulas lanjut, Syafinaz berkata, beliau bersikap terbuka dengan kritikan dan menganggap perkara itu adalah lumrah bagi penyanyi sepertinya.





