MEXICO CITY: Juara dunia Max Verstappen menyamai rekod Alain Prost mencapai 51 kemenangan Formula Satu pada pagi Isnin apabila beliau mencatat rekod memenangi perlumbaan ke-16 musim ini pada Grand Prix Mexico.
Bermula dari petak ketiga, pemandu Red Bull itu merampas kedudukan pendahulu sejak mula dan kemudian menguasai perlumbaan itu, yang dijejaskan oleh bendera merah apabila Kevin Magnusson mengalami kemalangan teruk...





