Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Verstappen juara Formula Satu Mexico

Oct 30, 2023 | 12:31 PM



MEXICO CITY: Juara dunia Max Verstappen menyamai rekod Alain Prost mencapai 51 kemenangan Formula Satu pada pagi Isnin apabila beliau mencatat rekod memenangi perlumbaan ke-16 musim ini pada Grand Prix Mexico.

Bermula dari petak ketiga, pemandu Red Bull itu merampas kedudukan pendahulu sejak mula dan kemudian menguasai perlumbaan itu, yang dijejaskan oleh bendera merah apabila Kevin Magnusson mengalami kemalangan teruk dalam kereta Haas.

Pemandu Belanda berusia 26 tahun itu menamatkan perlumbaan 13.875 saat di depan Lewis Hamilton, yang bermula di petak keenam, dengan pemenang petak utama Charles Leclerc menduduki tangga ketiga di depan rakan sepasukannya di Ferrari, Carlos Sainz.

Lando Norris berakhir di tangga kelima buat McLaren selepas pemanduan mengagumkan dari petak ke-17 di depan George Russell dalam jentera kedua Mercedes.

Perez terkeluar daripada persaingan dan menarik diri, mengecewakan peminat Mexico yang memenuhi litar beraltitud tinggi Autodromo Hermanos Rodriguez.

“Amat menakjubkan,” kata Verstappen. “Untuk menang dari P3, ia memang mengagumkan. Saya bermula di P3 dan jentera terlalu hebat. Ia satu perlumbaan yang amat sengit dan sekarang saya tidak tahu – lebih banyak kemenangan, mungkin 17 atau 18!”

Hamilton, yang dibatalkan selepas menghuni tangga kedua di Amerika Syarikat seminggu lalu, berkata: “Saya berasa segar. Saya menekan, tetapi tidaklah terlalu kuat. Ia satu keputusan hebat memandangkan kami bermula di petak keenam. Ia keputusan baik buat kami dalam beberapa minggu yang sukar.”

Leclerc menyedari “banyak ejekan dan cemuhan” daripada penonton dan menjelaskan insidennya yang menyaksikan Perez terkeluar dari litar.

“Saya tidak boleh pergi ke mana-mana. Saya tersepit di antara dua kereta Red Bull. Checo melanggar kereta saya dan ia menamatkan perlumbaannya. Ia tidak disengajakan.” – AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >