JAKARTA: Kementerian Kesihatan Indonesia meningkatkan amaran terhadap ancaman penyakit cacar monyet (Mpox) susulan kes pesakit tersebar di Jakarta, Banten dan Jawa Barat.
“Setakat ini, tambahan tiga kes baru direkodkan, semuanya di Jakarta,” kata Ketua Pengarah Pencegahan dan Kawalan Penyakit di kementerian itu, Encik Maxi Rein Rondonuwu, ketika mengesahkan laporan itu pada Selasa.





