Sekitar 200 tutor di bawah Skim Tuisyen Mendaki (MTS) yang berjaya mengekalkan kehadiran pelajar ke kelas dengan baik dan mencapai keputusan baik bagi pelajar akan menerima insentif kewangan sehingga $2,500.
Insentif tersebut, kata Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad, yang juga Timbalan Pengerusi Yayasan Mendaki, diharap dapat menggalak lebih ramai tutor baru untuk tampil.





