Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Abdeali Tayebali Kesembilan telah disampaikan kepada Pengarah Eksekutif Pave, Dr Sudha Nair.
Beliau menerima anugerah itu dalam satu majlis di Raffles Town Club pada Selasa malam yang dihadiri seramai 120 tetamu terdiri daripada pemimpin masyarakat Melayu/Islam dan pemimpin agama lain.





