Faham memahami biar mengerti
terangkan biar tak kusam
Faham memahami biar mengerti
terangkan biar tak kusam
Golongan muda yang menjadi keldai penipuan mungkin berdepan hukuman penjara atau Latihan Reformatif (RT) sebagai hukuman sedia ada, dan bukan probesen, di bawah usulan undang-undang baharu.
Langkah itu bertujuan memperkukuh pendirian pencegahan pemerintah terhadap kesalahan sedemikian, menurut Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA).
Kawasan Padang mempunyai warisan yang penting dan berpotensi dicalonkan sebagai tapak warisan dunia, menurut Penilaian Awal oleh Pusat Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco).
Namun, beberapa langkah tambahan bagi merealisasikan pencalonan itu bakal menimbulkan cabaran besar terhadap perancangan dan pembangunan masa hadapan di kawasan tersebut, jelas Lembaga Warisan Negara (NHB) pada 3 November.
Pindaan yang diusulkan terhadap Akta Pentadbiran Hukum Islam (Amla) berlandaskan tanggungjawab bersama untuk memperkukuh institusi yang berkhidmat kepada masyarakat Islam Singapura supaya ia dilengkapi dengan baik untuk memenuhi keperluan yang sentiasa berkembang bagi generasi akan datang.
Ini termasuk Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS), Pejabat Pendaftaran Pernikahan Orang Islam (ROMM), Mahkamah Syariah (SYC), serta institusi baharu seperti Kolej Pengajian Islam Singapura...
Pemandu yang melarikan diri dari tempat kejadian nahas di Tampines yang mengorbankan seorang penunggang motosikal dan juga isterinya yang sedang hamil, didapati memandu kenderaan itu meskipun telah digantung lesen memandu sehingga Mac 2032.
Menurut kertas tuduhan yang dilihat oleh The Straits Times (ST) pada 3 November, Muhammad Zulfiqar Abdul Aziz, 30 tahun, memandu kereta tersebut meskipun sedang menjalani tempoh penggantungan...
Ketika kebanyakan orang mungkin memilih untuk meneruskan perjalanan masing-masing, beberapa individu sebaliknya mengambil keputusan untuk berhenti dan menghulurkan bantuan selepas melihat bahagian depan sebuah kereta dijilat api di sekitar Orchard Road pada 11 pagi.
Antara yang tampil membantu ialah seorang penunggang motosikal yang menghampiri sebuah bas dua tingkat berhampiran untuk meminta alat pemadam api.





