Setiap tahun, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) mengadakan kempen zakat bagi meningkatkan kesedaran awam tentang pentingnya menunaikan zakat.
Selain itu, tujuan kempen tersebut juga bagi memberi panduan berguna kepada masyarakat Islam setempat tentang cara yang tepat menunaikan zakat ke atas pelbagai aset yang dimiliki, seperti wang simpanan, saham, insurans, wang Tabung Simpanan Pekerja (CPF) dan zakat perniagaan, serta maklumat penting...





