Ismira Lutfia Tisnadibrata
Nota dari Jakarta
Ismira Lutfia Tisnadibrata
Nota dari Jakarta
Lebih awal mangsa tampil membuat laporan, lebih besar kemungkinan polis dapat menjejaki dan membekukan dana sebelum ia terus dipindahkan dan jatuh ke tangan penipu.
Sebaliknya, kelewatan membuat laporan boleh menyebabkan wang dipindahkan ke luar Singapura, sekali gus menyukarkan usaha menjejaki dan mendapatkannya semula.
Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 akhirnya bermula pada 19 September, dengan tumpuan kini beralih kepada lebih 11,000 atlet dari seluruh Asia yang akan bersaing untuk merebut hanya 1,407 pingat.
Bagi Singapura, temasya yang berlangsung sehingga 4 Oktober itu menimbulkan satu persoalan menarik – bukan sahaja tentang jumlah pingat yang mampu dibawa pulang oleh negara, malah siapa yang akan muncul sebagai harapan...
Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) serta para Ahli Majlis Daerah memainkan peranan penting dalam membawa program nasional lebih dekat kepada penduduk serta mengenal pasti jurang dan keperluan masyarakat, kata Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong.
Ini kerana walaupun dasar-dasar pemerintah dirancang di peringkat nasional, tetapi masyarakat berdepan dengan cabaran dan mempunyai keperluan untuk dipenuhi, di mana sahaja mereka berada, sama ada di...
Pemain sayap Tampines Rovers, Faris Ramli, telah dipanggil semula ke skuad Singapura untuk Piala Asean Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) edisi sulung, selepas ketiadaan yang agak lama, manakala pemain tengah FC Jurong, Haziq Kamarudin, meraih panggilan pertamanya ke pasukan senior.
Kedua-dua mereka dinamakan dalam skuad 23 pemain oleh jurulatih pasukan Singa, Gavin Lee, pada 18 September.
Perkhidmatan awam perlu meningkatkan persefahaman antara pelbagai golongan demi mencapai matlamat bersama, kata Menteri Penyelaras bagi Perkhidmatan Awam, Encik Chan Chun Sing pada 18 September.
Pegawai perlu mendengar dengan ikhlas untuk memahami kepentingan berbeza dan menjelaskan setiap pilihan secara jujur, kata beliau kepada pemimpin perkhidmatan awam yang baru dilantik.





