TAMBAH PENDAPATAN: Selain mempunyai pekerjaan sepenuh masa, Encik Andy Ahmad dan isteri, Cik Nuralifah Mohamed Yunos, menjalankan perniagaan bebas kecil-kecilan untuk menambahkan pendapatan keluarga di tengah-tengah kenaikan kos sara hidup. Bersama pasangan itu ialah anak mereka, Noah (didukung Encik Andy) dan Elea.
SingapuraDec 31, 2023 | 5:30 AM

Niaga sambilan tambah pendapatan yang ‘hampir habis semua’ setiap bulan

Inflasi dan kenaikan kos sara hidup menjejas segenap lapisan masyarakat Singapura, daripada golongan berpendapatan rendah hingga pertengahan. Untuk menangani kos meningkat, ada sesetengah keluarga sekarang lebih berjimat cermat dan mengurangkan perbelanjaan tidak diperlukan, manakala yang lain membuat penyesuaian hidup, seperti melakukan kerja tambahan. BERITA MINGGU berkongsi kisah tiga keluarga dengan latar bekalang berbeza dan cara mereka menangani kos sara hidup...

Pemandangan dari udara menunjukkan bekas kapal induk Tentera Laut Italy, Giuseppe Garibaldi, berlabuh di Pelabuhan Tanjung Priok, Jakarta, selepas tiba dari Italy pada 18 September 2026. Kapal berusia 41 tahun itu akan diserahkan kepada Tentera Laut Indonesia dan dinamakan KRI Sriwijaya, sekali gus menjadi kapal induk pertama negara itu dalam usaha memperkukuh dan memodenkan keupayaan pertahanannya.
DuniaSep 18, 2026 | 4:15 PM

Indonesia catat sejarah dengan ketibaan kapal induk pertama dari Italy

Indonesia menerima kapal induk pertamanya pada 18 September, menandakan langkah baru dalam usaha memperkukuh keupayaan tentera laut negara kepulauan itu serta memperluas keupayaannya dalam operasi keselamatan maritim, kemanusiaan dan bantuan bencana.

Bekas kapal Tentera Laut Italy, ITS Giuseppe Garibaldi, tiba di Dermaga 107, Pelabuhan Tanjung Priok, Jakarta Utara, sekitar 8 pagi selepas memulakan perjalanan dari Italy pada 24 Ogos.

warga indonesia tentera russia
DuniaSep 18, 2026 | 3:42 PM

Warga Indonesia didakwa sertai tentera Russia hubungi Kementerian Luar

JAKARTA: Seorang warga Indonesia yang dipercayai sudah menyertai tentera Russia menghubungi jurucakap Kementerian Luar Indonesia melalui WhatsApp dan meminta satu mesej disampaikan kepada Menteri Luar, Encik Sugiono, ketika Jakarta menyiasat dakwaan rakyatnya direkrut untuk dihantar ke zon konflik.

Jurucakap kementerian, Cik Yvonne Mewengkang, berkata mesej itu diterimanya menerusi nombor telefon peribadi yang digunakannya dalam kapasiti sebagai jurucakap.

Speaker Parlimen, Encik Seah Kian Peng, memohon maaf kerana terlelap ketika memimpin Sidang Parlimen di Dewan pada 9 September.
SingapuraSep 18, 2026 | 3:40 PM

Speaker Parlimen Seah Kian Peng mohon maaf terlelap ketika pimpin sidang Parlimen

Speaker Parlimen, Encik Seah Kian Peng, memohon maaf kerana terlelap ketika memimpin sidang Parlimen di Dewan pada 9 September.

Dalam satu hantaran di Facebook pada 18 September, Encik Seah berkata beliau kurang sihat dan telah mengambil ubat pada hari berkenaan, namun menegaskan bahawa perkara itu tidak sepatutnya dijadikan alasan.

Syarikat teknologi pandu sendiri, Waymo, akan melancarkan khidmat tempahan kenderaan tanpa pemandu di Singapura menjelang 2028.
SingapuraSep 18, 2026 | 3:30 PM

Kenderaan tanpa pemandu Waymo bakal lancar khidmat di S’pura jelang 2028

Syarikat teknologi pandu sendiri, Waymo, akan melancarkan khidmat tempahan kenderaan tanpa pemandu di Singapura menjelang 2028.

Waymo akan bekerjasama dengan Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) untuk menyediakan asas bagi pengenalan perkhidmatan tempahan kenderaan komersial elektrik itu.

Adventure Waterpark Desaru Coast, Johor, tingkat tahap keselamatan di kawasan pelancongan, kejadian pecah kenderaan, termasuk kereta bernombor pendaftaran Singapura
MalaysiaSep 18, 2026 | 3:12 PM

Desaru perketat keselamatan selepas kes pecah kenderaan pelancong

Kejadian pecah kenderaan, termasuk kereta bernombor pendaftaran Singapura, di kawasan Adventure Waterpark Desaru Coast pada 6 September lalu telah membuka mata pelbagai pihak mengenai keperluan mempertingkat tahap keselamatan di kawasan pelancongan Desaru, Johor.

Walaupun kejadian itu dianggap terpencil, Polis Johor telah mengarahkan pihak berkepentingan di kawasan berkenaan supaya mengambil langkah pencegahan lebih menyeluruh bagi memastikan kejadian sama tidak berulang, terutama...

Pegawai pemeriksaan diiktiraf selepas tolak sogokan
Play Video

Gaji menteri naik: kenapa sekarang?
Play Video

BH anjur podcast bincang isu ‘grooming’, keselamatan kanak-kanak
Play Video

‘Bang Bang Sauce’ Ministry of Spud kegilaan ramai anak muda
Play Video

Masuk Dunia Jumanji & Bergambar Bersama Selebriti di Madame Tussauds
Play Video