PUTRAJAYA: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengarahkan semua kementerian, jabatan dan agensi mengemukakan laporan bulanan berkaitan perkembangan serta sumbangan penjawat awam dalam melaksanakan projek kerajaan.
Beliau berkata laporan terbabit perlu melalui Ketua Pengarah dan Ketua Setiausaha (KSU) kementerian kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN) untuk dimaklumkan kepadanya.





