Apabila Yayasan Mendaki memperkenalkan program ‘Maju Minda Matematika’, atau Tiga M, pada 2002, ia berharap dapat menghuraikan masalah prestasi kurang baik bagi mata pelajaran Matematik yang dilihat dalam kalangan pelajar Melayu/Islam pada waktu itu.
Program itu ditawarkan kepada kanak-kanak prasekolah daripada keluarga berpendapatan rendah dan turut melibatkan ibu bapa mereka dengan matlamat meningkatkan pemahaman ibu bapa mengenai konsep asas Matematik...





