Walaupun Dr Hanin Hussain disahkan menghidap barah paru-paru Ogos lalu, keadaan kesihatannya tidak menghalang karyawan berusia 56 tahun itu daripada berkebun dan aktif di luar rumah.
Rasa cintanya yang mendalam terhadap alam semula jadi dan pendidikan awal kanak-kanak telah mendorong beliau untuk ‘beraksi’ di luar rumah – sejajar dengan kepercayaannya tentang pentingnya pembelajaran di luar bilik darjah.





