Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Pensyarah diiktiraf bangun idea pembelajaran luar darjah walau dilanda barah

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pensyarah diiktiraf bangun idea pembelajaran luar darjah walau dilanda barah

Feb 03, 2024 | 05:13 PM



Walaupun Dr Hanin Hussain disahkan menghidap barah paru-paru Ogos lalu, keadaan kesihatannya tidak menghalang karyawan berusia 56 tahun itu daripada berkebun dan aktif di luar rumah.

Rasa cintanya yang mendalam terhadap alam semula jadi dan pendidikan awal kanak-kanak telah mendorong beliau untuk ‘beraksi’ di luar rumah – sejajar dengan kepercayaannya tentang pentingnya pembelajaran di luar bilik darjah.

Apatah lagi, Dr Hanin merupakan salah seorang anggota utama Jawatankuasa Pembelajaran Luar (OL) berbilang disiplin yang dipengerusikan bersama oleh Institut Nasional Pembangunan Awal Kanak-Kanak (NIEC) dan Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (Ecda), dari 2018 hingga 2019.

Penglibatan selama setahun itu mencerminkan kepercayaan teguh beliau dalam kepentingan pembelajaran luar untuk pembelajaran, perkembangan dan kesejahteraan kanak-kanak.

Atas sumbangan dan kerja kerasnya, Dr Hanin menerima Anugerah ‘Rakan MSF’, anugerah yang disampaikan kepada individu, kumpulan sukarelawan atau pertubuhan yang telah memberikan sumbangan besar kepada jawatankuasa atau projek di bawah bidang kuasa Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) untuk tempoh sekurang-kurangnya dua tahun.

Beliau juga merupakan salah seorang daripada 298 sukarelawan dan rakan kongsi yang menerima anugerah semasa majlis Anugerah Sukarelawan dan Rakan Kongsi (MVPA) tahunan anjuran MSF pada 2 Februari.

Semasa majlis anugerah yang diadakan di Pusat Ekspo dan Persidangan Sands, Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, turut mengumumkan 2024 sebagai Tahun Meraikan Sukarelawan Khidmat Sosial (YCVolunteers) untuk mengiktiraf dan meraikan sumbangan sukarelawan.

MVPA mengiktiraf semangat dan dedikasi rakan kongsi dan sukarelawan MSF, serta pertubuhan yang telah memberikan sumbangan besar kepada program atau matlamat kementerian tersebut.

Apabila dihubungi Berita Minggu (BM), Dr Hanin, pensyarah kanan di Institut Pendidikan Nasional (NIE) sejak 2021, berkata perjalanan beliau dalam sektor pendidikan bermula sebagai guru pendidikan jasmani di Sekolah Rendah Bedok South, dari 1994 hingga 1999.


Beliau kemudian menetap di Christchurch, New Zealand dan menjadi guru di dua pusat pendidikan awal kanak-kanak, dari 2002 hingga 2007, dan 2007 hingga 2008. Di sana, beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat Doktor Falsafah (PhD) sebelum menyandang peranan sebagai guru kanan di Universiti Canterbury sehingga 2013.

Dr Hanin aktif menyumbang kepada daya usaha utama Ecda sejak enam tahun lalu.

Beliau juga merupakan penceramah utama pada Persidangan Awal Kanak-Kanak 2019 yang dihadiri oleh 1,500 profesional EC.


Sejak 2017, Dr Hanin telah berkhidmat sebagai anggota juri untuk Anugerah Ecda tahunan untuk Kecemerlangan Awal Kanak-Kanak dalam kategori Anugerah Pendidik Cemerlang EC dan Anugerah Pemimpin Cemerlang SPR.


Bersandarkan perumpamaan melentur buluh biar dari rebung, beliau percaya bahawa pembelajaran luar bilik darjah penting dalam pembangunan kanak-kanak kerana pendedahan pada usia muda dapat membantu mereka mengenali kepentingan persekitaran mereka.

Sungguhpun kini sedang pulih daripada pembedahan barah paru-paru, beliau terus menyumbang kepada sektor pendidikan awal kanak-kanak dan meningkatkan kesedaran tentang pembelajaran berteraskan pembelajaran di luar permainan.

“Sebagai seseorang yang mengharungi dan berusaha mengatasi barah paru-paru, saya juga mahu meningkatkan kesedaran tentang isu kesihatan seperti penyakit saya, dan juga tentang menopaus melalui perbincangan antara kededua jantina secara terbuka,” tambah ibu seorang anak lelaki berusia 27 tahun.

Panduan Pembangunan Sukarelawan baru oleh Majlis Perkhidmatan Sosial Kebangsaan turut dilancarkan Encik Masagos pada majlis penyampaian anugerah itu.


Panduan itu akan membantu pengurus sukarelawan mencipta pengalaman lebih memuaskan untuk mengekalkan minat dan semangat relawan terhadap tujuan mereka berkhidmat.


Dr Hanin adalah salah seorang daripada 51 penerima anugerah yang menerima Anugerah ‘Rakan MSF’.


Anugerah lain yang disampaikan termasuk satu Anugerah Sukarelawan Sepanjang Hayat Cemerlang, 11 Anugerah Sukarelawan Cemerlang, 44 Anugerah Prihatin Masyarakat dan 191 Anugerah Lama Berkhidmat.


Anugerah tertinggi, Anugerah Sukarelawan Sepanjang Hayat Cemerlang, telah disampaikan kepada Dr Sushilan Vasoo, yang merupakan perintis dalam sektor perkhidmatan sosial di Singapura dan dikenali ramai sebagai “bapa kerja masyarakat”. Beliau telah menyumbang kepada landskap perkhidmatan sosial Singapura selama lima dekad.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >