Masyarakat Islam Singapura harus berbangga kerana berjaya membuktikan bahawa mereka mampu berkembang maju dalam sebuah masyarakat sekular, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.
Beliau, yang juga Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Menteri Kedua Kesihatan, menulis demikian dalam satu hantaran Facebook pada 7 Februari selepas Singapura baru-baru ini menganjurkan dan mengambil bahagian dalam Persidangan...





